Kamis, 12 April 2018

Ilmu tongkat nabi musa

IJAZAH ILMU AYAT TONGKAT NABI MUSA

A ) Sebelum menerima ijazah ini, perkara yang harus dilakukan adalah seperti berikut :-

1) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Baginda Rasullullah S.A.W – 1x
2) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Sahabat Empat Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Othman dan Sayyidina Ali – 1x
3) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Nabi Khidir Alaihissalam – 1x
4) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Sultan Auliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani – 1x
5) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Malaikatul Muqorrabin Jibril, Mikail, Israfil, Izrail – 1x
6) Hadiahkan Al-Fatihah kepada Guru-guru, kaum Muslimin & Muslimat, Mukminin dan Mukminat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia – 1x
7) Hadiahkan Al Fatihah kepada Shohibul Ijazah Ustaz Abd Rahman Hashim – 1x
7) Hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita (kalau sudah meninggal sebut arwah ibu bapa).
8) Hadiahkan Al-Fatihah ke atas niat kita. (Niat untuk menerima amalan ilmu ini dan mengamalkannya).

B) Membaca selawat ke atas nabi – 11 X (Selawatnya terpulang pada diri kita mahu baca yang panjang seperti selawat munjiyat, selawat kamilah atau yang pendek, terpulang)

C) Membaca Syahadah – 1 X

D) Membaca Kalimah Lahaulawala Quwwata Ilaa Billaa Hila’liyyil A’zhim – 1 X

E) Membaca “Iyyaaka Nak Budu Wa Iyyaaka Nasta’iin – 1 X

F) Membaca “ Ya Hayyu Ya Qaiyyum Ya Zaljalaali Wal Ikram

G) Membaca Ayat Tongkat Nabi Musa seperti berikut :

ALLAH HUMMA LAKAL HAMDU  WA ILAIKAL MUSHTAKAR  WA ANTAL MUSTA A’AN WALAAHAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL A’LIYYIL AZHIIM

H) Membaca lafaz ijazah seperti berikut :

Bismillahhirrahmaanirrahiim
“Di Atas Namamu Ya Allah Saya TERIMA IJAZAH  Ilmu Ayat Tongkat Nabi Musa A.S Ini Daripada Ustaz  Abd Rahman Hashim Yang Bersanadkan Daripada Ustaz Wahidin Sukarno Keranamu Ya Allah. Amin Ya Allah Amin Ya Rahman Ya Rahiim Amin Ya Rabbal Aa’lamiin”

Hadiahkan Al-Fatihah kepada Ustaz  Abd Rahman Hashim dan Ustaz Wahidin Sukarno 1x. Selesailah proses pengijazahannya.

AMALANNYA

Hafalkan ayat tersebut dan berwiridlah selepas solat sekurang-kurangnya 10 X.
Kalau hendak lebih mantap wiridkan sebanyak 313x / 1000 X selama 11 hari berturut-turut kemudian untuk amalan harian cukup di baca 10 X sahaja.
Lakukan secara istiqomah, Insyaallah tuan-tuan yang berijazah dengan saya akan dapat rasakan kelebihannya.

KEGUNAANNYA

Untuk membuat pukulan maut ke atas musuh sama ada manusia, jin atau syaitan. Sangat sesuai bagi seorang perawat untuk mengamalkannya.

Inilah ayat yang di baca oleh Nabi Musa ketika hendak membelah laut merah yang diajarkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah.

1 komentar:

  1. Assalamu alaikum...maaf mau nanya..apakah kalau sudah berhadiah al fatihah dan sterusnya...sah berijzah dan saya langsung bisa belajar mengamalkannya..?terima kasih

    BalasHapus